Kes curi kenderaan di PJ meningkat setakat Februari, 13 individu ditahan

2 Mar 2023 • 7:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PETALING JAYA, 2 MAC: Kes curi kenderaan di daerah ini merekodkan peningkatan sebanyak 20.7 peratus bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata sebanyak 82 kes kehilangan kenderaan dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini berbanding 65 kes tempoh yang sama tahun lepas.

“Dalam tempoh yang sama, seramai 13 individu juga ditahan dan sebanyak lapan kenderaan berjaya dirampas,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran papan tanda keselamatan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan Carsome di Lembah Subang, hari ini yang turut dihadri Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Academy Teoh Jiun Ee.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata jalinan kerjasama berkenaan merupakan antara usaha membantu pihak polis dalam mencegah jenayah itu di daerah berkenaan.

Katanya syarikat Carsome akan menaja pemasangan sebanyak 34 papan tanda mesej keselamatan di kawasan-kawasan hotspot sekitar daerah berkenaan seperti di Desa Menteri, SS2, Mentari Court, Flora Damansara dan di Lembah Subang yang dikenalpasti sering berlaku jenayah itu. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved