Kes curi motosikal: Lelaki ditahan di Semporna

23 Jan 2026 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 24 tahun berhubung kes curi sebuah motosikal di jeti Balimbang, Pulau Bum Bum.

Ketua Polis Daerah Superintendan Tan Hiap Wah berkata suspek ditahan kurang daripada 12 jam selepas kejadian itu dilaporkan.

Menurutnya, motosikal berkenaan dilaporkan hilang ketika diletakkan di tempat parkir motosikal di jeti terbabit.

Pemilik motosikal menyedari kenderaannya hilang selepas kembali ke kawasan parkir sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan dan maklumat orang awam, sepasukan polis dari Balai Polis Pulau Bum Bum menjalankan satu operasi dan menahan suspek.

“Suspek ditahan bersama motosikal yang dilaporkan hilang,” katanya.

Menurut Tan, kejayaan itu adalah hasil kerjasama serta maklumat daripada orang awam yang membawa kepada tindakan pantas pihak polis.

Beliau menambah Polis Semporna akan mempergiatkan usaha pencegahan jenayah termasuk berkaitan harta benda dan menyeru orang awam agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Bagi menyalurkan sebarang maklumat, orang awam boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menyalurkan maklumat melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved