Kes Demam Babi Afrika Dikesan Di Ladang Port Dickson. Selamat Ke Nak Bercuti Sana?

30 Jan 2023 • 2:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Baru-baru ini, Jabatan Veterinar Negeri Sembilan mengesan wujudnya penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di sebuah ladang babi tidak berlesen di Kampung Baru Site A, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, kes positif itu dikesan selepas sampel dua ekor babi diambil daripada 275 ekor haiwan itu di ladang berkenaan Khamis lalu.

Sampel itu telah diambil Jumaat lepas dan disahkan positif ASF pada petangnya.

image is not available

Justeru kini timbul tanda tanya adakah kawasan pantai peranginan popular itu selamat untuk dikunjungi dan bermandi-manda di PD?

image is not available

image is not available

Tampil menjelaskan kebimbangan orang awam tersebut, Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan penyakit ASF itu adalah penyakit bukan zoonotik dan ia tidak menjangkiti manusia.

Sehubungan itu, orang awam tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke Port Dickson.

image is not available

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, surat pemakluman yang dikeluarkan bertarikh 10 Januari 2023 tentang kematian haiwan itu bertujuan untuk memaklumkan kepada orang awam dan pemain industri setelah pengesahan ke atas sampel tulang daripada bangkai babi terbabit.

Ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh JPVNS untuk membendung perebakan penyakit ASF di Negeri Sembilan.

Namun, mereka mengambil maklum terdapat kekeliruan yang tular baru-baru ini berkaitan penyakit ASF dan memohon jasa baik semua pihak agar tidak menularkan berita yang tidak tepat dan segera merujuk kepada DVS bagi mendapatkan maklumat lanjut.

image is not available

Orang awam boleh merujuk kepada poster atau video yang telah dihebahkan bagi meningkatkan lagi kesedaran berkaitan penyakit ini.

Sehingga kini, jangkitan penyakit ASF di Negeri Sembilan adalah terkawal.

Tiada lagi laporan kematian pada babi hutan mahupun ternakan babi komersil berikutan kejadian kes ASF di Negeri Sembilan.

image is not available

Sumber: Malaysia Gazette