Kes denggi di Pahang meningkat

27 Mar 2023 • 4:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi bersepadu wabak denggi oleh Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Kampung Padang Jaya di sini, baru-baru ini.

KUANTAN - Sebanyak 228 kes deman denggi direkodkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 25 Mac lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 147.8 peratus (136 kes) berbanding 92 kes yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Indera Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiada kes kematian akibat denggi dilaporkan tahun ini.

Menurutnya, Kuantan merekodkan jumlah kes demam denggi tertinggi iaitu 119 kes (52.2 peratus) diikuti Bera (19 kes), Temerloh (18 kes), Raub (17 kes), Maran (15 kes), Bentong (11 kes), Rompin (11 kes), Lipis (8 kes), Cameron Highlands (4 kes), Jerantut (3 kes) dan Pekan (3 kes).

"Sehingga 25 Mac lalu juga, sebanyak sepuluh lokaliti wabak dilaporkan berbanding empat lokaliti bagi tempoh yang sama tahun lalu bagaimanapun hanya lima lokaliti masih aktif.

"Susulan itu, tindakan pencegahan dan kawalan telah dijalankan dengan 117,412 (23.2 peratus ) premis telah diperiksa dalam tempoh tersebut.

"Sebanyak 1,065 premis dikesan positif pembiakan aedes, 78,516 premis telah dijalankan kerja-kerja 'larvaciding' dan 90,195 premis dibuat semburan kabus," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Nor Azimi berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, 35 premis ditawarkan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 dengan jumlah keseluruhan RM17,500.

"Sebanyak 597 premis yang layak dikompaun masih dalam tindakan penyediaan dokumen mahkamah manakala 164 notis di bawah Seksyen 8, akta sama juga dikeluarkan kepada pemilik tempat yang berpotensi berlaku pembiakan jentik-jentik aedes," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved