
PETALING JAYA, 26 OKT : Sebanyak 108 kes demam denggi dicatatkan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga minggu epid ke-42.
Timbalan Datuk Bandarnya Aznan Hassan berkata angka itu meningkat enam peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 115 kes.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes demam denggi adalah sebanyak 4,344 kes namun tiada kes kematian dilaporkan setakat ini,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat MBPJ di Ibu Pejabat MBPJ di sini hari ini.
Beliau berkata pelbagai usaha kawalan dan pencegahan dilaksanakan MBPJ bagi menangani kes demam denggi termasuk semburan kabus, gotong-royong, pemusnahan larva.
“Namun, usaha ini perlu kerjasama daripada semua pihak. Oleh itu, kita sarankan orang ramai untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu mencari dan musnahkan tempat pembiakan aedes,” katanya.
The post Kes denggi meningkat di Petaling Jaya, masyarakat diseru hapus tempat biak aedes appeared first on Selangorkini.
