
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 35 tahun, yang didakwa mengedar 239.1gm syabu, akan dibicarakan pada 26-29 Feb, tahun depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Faridz Gohim Abdullah menetapkan tarikh itu untuk Hafifi Idris semasa sebutan kesnya pada Selasa.
Hafifi didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.30 tengah hari pada 17 Oktober 2022 di hadapan bangunan Pos Laju Lok Kawi di Kawasan Industri Lok Kawi, Jalan Lok Kawi, Papar.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Agoes manakala tertuduh diwakili peguam Luqman Syazwan Zabidi Mohd dan Shahlan Jufri.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, seorang lelaki tanpa izin dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana mencuri.
Saiful Bahari Sarni mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan mencuri telefon bimbit milik seorang Azry Liman pada 9.30 malam pada 18 Ogos di Balai Polis Putatan.
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Saiful cuba menjual gajet itu, yang dicurinya sehari sebelumnya di sebuah kedai di Putatan.
Saiful yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.
Inspektor Kelvan Elson Maik, pihak pendakwa memohon hukuman setimpal dan agar Saiful dirujuk ke Jabatan Imigresen kerana tidak meliliki dokumen sah.
Mahkamah memerintahkan Saiful menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.
Saiful didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
