Kes Faisal Halim bukan perkara kecil, Menteri KBS harap siasatan diteruskan

LocalPolitics
9 May 2025 • 8:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan bahawa siasatan terhadap kes Faisal Halim yang melibatkan simbahan asid ke atas pemain kebangsaan tersebut harus diteruskan walaupun diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

image is not available

Kes Faisal Halim tak boleh dipandang ringan

Menurut Hannah, insiden yang menimpa tonggak Selangor FC itu merupakan jenayah berat dan tidak boleh dipandang ringan.

“Saya ada baca kenyataan polis yang menyebut NFA tidak bermaksud siasatan dihentikan, jadi saya lega ia masih diteruskan,”katanya.

image is not available

Harap Kes Faisal Halim tidak berlaku ke atas atlet negara lagi

Beliau turut berharap agar pihak berkuasa meningkatkan usaha mengesan pelaku yang terlibat kerana kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kepada mana-mana atlet negara.

“Saya harap lebih banyak usaha digerakkan untuk mencari pihak yang bertanggungjawab kerana perbuatan ini tidak wajar berlaku terhadap atlet negara,”ujarnya lagi.

image is not available

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menjelaskan siasatan kes masih diteruskan walaupun diklasifikasi sebagai NFA kerana tiada kaitan kukuh antara tangkapan yang dibuat dengan bahan bukti sedia ada.

Sumber: Bernama