Kes Faisal Halim Disimbah Asid, Polis Tahan Remaja Warga Tempatan Bantu Siasatan

6 May 2024 • 12:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an dipercayai ada kaitan dengan kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak pasukan Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim.

image is not available

Ketua Polis Selangor , Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi Buletin TV3 mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Polis sudah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an di sekitar Ampang. Suspek akan direman hari ini.” katanya.

Perincian lanjut berkenaan tangkapan itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut Datuk Hussein, pihaknya juga sudah mengambil keterangan tiga individu termasuk mangsa dan akan memanggil beberapa saksi lagi untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian petang semalam, Faisal diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk akibat disimbah asid di sebuah pasaraya di Petaling Jaya.

Dia yang kini dirawat di sebuah hospital dilaporkan dalam keadaan stabil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved