Kes Fitnah Azam Baki: Polis Panggil Beberapa Individu Bantu Siasatan

LocalPolitics
21 Feb 2026 • 6:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis dijangka merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung laporan sebuah media antarabangsa mengenai pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Rakam keterangan bantu siasatan

image is not available

Foto: Bernama

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan telah dibuka dan pihak polis sedang mendapatkan keterangan daripada individu berkaitan.

“Insya-Allah perkembangan akan dikemas kini dari masa ke masa dan kertas siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Yayasan Seri Negara dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT Sdn Bhd di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan bahawa kes tersebut disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman.

image is not available

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel lain: Pakar Ulas Kenyataan Azam Baki, BMI Tidak Lagi Relevan Sebagai Penentu Tahap Kesihatan

Azam sebelum ini menegaskan bahawa beliau tidak lagi memiliki sebarang saham dalam mana-mana syarikat. Beliau juga menegaskan semua urus niaganya sebelum ini dijalankan secara telus dan mematuhi peraturan kerajaan sepenuhnya, sambil memaklumkan bahawa akaun dagangannya kini kosong, yang boleh disahkan melalui Bursa Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

The post Kes Fitnah Azam Baki: Polis Panggil Beberapa Individu Bantu Siasatan appeared first on Borak Daily.