Kes Gaduh Tengah Jalan Di Pending, Polis Kini Buru Dua Suspek Lelaki

2 May 2024 • 11:53 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kedua-dua suspek dipercayai bertumbuk di tengah-tengah jalan

Kes Gaduh Tengah Jalan Di Pending, Polis Kini Buru Dua Suspek Lelaki. Polis kini dalam proses mengesan dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di tengah jalan di Jalan Pending pada Selasa lalu seperti yang terdapat dalam video viral baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

image is not available
Kes Gaduh Tengah Jalan Di Pending, Polis Kini Buru Dua Suspek Lelaki. Sumber: Facebook

“Laporan polis telah diterima berhubung video yang viral di media sosial yang memaparkan pergaduhan di Jalan Pending pada 30 April lepas sekitar jam 9 pagi. Insiden itu berpunca apabila salah seorang suspek tidak puas hati kerana tidak diberi laluan,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan berhubung kes kecederaan dan ugutan jenayah.

Ahsmon menyatakan bahawa jika kesalahan terbukti, hukuman yang mungkin dikenakan termasuk penjara, denda, atau kedua-duanya.

“Kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden ini untuk menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran,” tambah beliau.

Baca lagi artikel menarik: