Kes Gangguan Seksual, Lelaki Terlibat Diberkas Oleh Pihak Polis

2 Dec 2022 • 12:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Lelaki ditahan telibat kes gangguan seksual

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita yang meminta orang ramai untuk berhati-hati.

Perkara itu dimaklumkan olehnya berserta dengan dua rakaman menunjukkan seorang lelaki yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.

image is not available

Polis tahan lelaki terlibat kes gangguan seksual terhadap seorang wanita

Terbaharu, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan pihaknya telah menerima satu laporan dari seorang wanita pada jam 8.17 malam, 30 November lalu (Rabu).

Terima gangguan dari individu tak dikenali

Jelasnya, mangsa telah menerima gangguan seksual dari seorang individu yang tidak dikenalinya.

“Pihak Polis turut mengesan satu video yang berdurasi 14 saat yang mempunyai kaitan dengan laporan tersebut telah tular di media sosial.

“Video berkenaan telah mendapat 800 komen dan dikongsi 4,000 kali,” ujarnya.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya telah berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan sekitar jam 5.00 petang.

“Permohonan reman ke atas suspek di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan di lakukan pada 2 Disember di Mahkmah Majistret Petaling Jaya. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.”

Pihak polis bagaimanapun turut menasihatkan orang ramai untuk mematuhi undang-undang serta tidak melakukan sebarang jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03 7966 2222.