Kes GISB: Agong titah polis siasat menyeluruh dan tindakan segera

LocalPolitics
17 Sep 2024 • 2:01 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan polis menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan segera dalam isu jenayah dan penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal di bawah kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).

Seri Paduka bertitah, baginda memandangkan serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah baginda kepada Royal Press Office pada hari ini.

Menurut baginda, perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

Sultan Ibrahim turut menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.

Pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan ke atas 20 rumah amal kendalian GISBH di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global.

Susulan itu, seramai 171 suspek berusia 17 hingga 64 tahun termasuk seorang guru dan penjaga asrama, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi kanak-kanak. - 17 September, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved