Kes Harian COVID-19 Menurun Sedikit, 4 Kematian

15 Jun 2022 • 11:27 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jumlah jangkitan COVID-19 negara telah menurun dengan 1,922 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 2,092 kes kelmarin. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 dalam negara kembali menurun dengan 1,922 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 2,092 kes kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,530,312 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,919 kes tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak empat lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian masing-masing dilaporkan di Johor, Melaka, Perlis dan Selangor.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,720 dengan 7,575 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 22,961 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.5 peratus atau 21,921pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 16 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 992 orang atau 4.3 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 32 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,564 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,471,631 kes. - Getaran, 15 Jun 2022