Kes Hibah: Adik Sahkan Hibah Kekal Milik Balu
Ejen takaful, Shahrul Sabri mengesahkan bahawa tuntutan wang hibah berjumlah RM1 juta yang sebelum ini tular dan dicabar di Mahkamah Tinggi Sivil telah berpihak kepada balu berkenaan.
Shahrul Sabri yang juga adik kepada balu terbabit mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas di platform Threads.
“Alhamdulillah kes selesai. Hibah kekal milik kak saya,” kongsinya.

https://www.threads.com/@shahrulsabri98/post/DMPjpmwRsIv
Tambahnya, dia juga sebelum ini memohon orang ramai untuk mendoakan kes yang dibicarakan semula pada hari ini.
Terdahulu, tular satu perkongsian mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Sivil yang membenarkan wang hibah RM1 juta diagihkan mengikut faraid dicabar hingga mencuri perhatian ramai.
Sumber: Threads @shahrulsabri98
The post Kes Hibah: Adik Sahkan Hibah Kekal Milik Balu appeared first on Siakap Keli.


