Kes kanak-kanak hilang, tiada unsur jenayah - Polis

29 May 2023 • 5:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kanak-kanak berusia lima tahun ditemui orang awam di tepi bangsal tidak jauh dari rumahnya.

image is not available
Khaw Kok Chin

GEORGETOWN - Polis mengklasifikasikan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Taman Perda, Kuala Muda, Penaga yang hilang pada Jumaat, sebagai kes orang hilang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

"Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah walaupun ada sedikit kesan kecederaan.

"Bagaimanapun, jika kita mendapati ada unsur jenayah, kita akan menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Tambah beliau, kanak-kanak itu dilaporkan stabil namun masih dalam keadaan trauma.

**media[2212488]**

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan ditemui di tepi sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Keriang selepas hilang hampir 24 jam ketika keluar bermain di rumahnya.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada Jumaat namun ditemui orang awam pada jam 6 petang keesokan harinya, kira-kira 2.5 kilometer dari rumahnya.

Mangsa, Aish Rafeeqa Ammanda Abdul Fatah, 5, dilaporkan mengalami kecederaan pada anggota badan akibat kejadian itu dan telah menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.