Kes kanak-kanak termakan makanan ringan beracun: Lelaki direman enam hari

11 Jul 2024 • 11:34 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

KULIM: Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes dua kanak-kanak termakan makanan ringan mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, Ahad lepas.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kulim Mirza Mohamad bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Terdahulu lelaki yang berpakaian lokap itu dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Kulim kira-kira pukul 8 pagi.

Media sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan makanan ringan disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lepas.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kedua-dua kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun berkenaan bagi memerangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu kanak-kanak berkenaan pada pukul 11 pagi selepas melihat kedua-dua anaknya muntah, dan mereka kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Malau sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan seterusnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Muhammad Akil Syauqi bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi semalam manakala adiknya masih dirawat di HPP dan dilaporkan masih belum sedar.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.