Kes kebakaran, kemalangan meningkat ketika Tahun Baharu Cina: Bomba

23 Jan 2025 • 2:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Abbey Junior

Kota Kinabalu: Jumlah kebakaran rumah dan kemalangan jalan raya semasa perayaan Tahun Baharu Cina (CNY) di Sabah menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, dengan kerosakan elektrik dan kecuaian di dapur dikenal pasti sebagai punca utama.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Lizalman Abu, berkata terdapat peningkatan berterusan dalam kes kebakaran rumah dan kemalangan jalan raya dari 2022 hingga 2024.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pada 2022, 28 kes kebakaran rumah direkodkan semasa Tahun Baharu Cina, dengan 20 disebabkan oleh masalah elektrik dan lapan akibat kecuaian di dapur.

“Pada 2023, angka ini meningkat kepada 38 kes, dengan 31 disebabkan kerosakan barang elektrik dan tujuh berkaitan kecuaian di dapur. Tahun lalu (2024), jumlahnya meningkat lagi kepada 45 kes, di mana 39 daripadanya berkaitan elektrik dan enam melibatkan kecuaian di dapur,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau mendedahkan perkara ini semasa Kempen Keselamatan Kebakaran dan pelancaran ‘Ops Musim Perayaan’ di City Mall pada Selasa.

Kempen itu yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Invest Sabah Berhad, George Wong Hshueh Cheng, mewakiliki Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan kebakaran dan pencegahan kemalangan.

Tegas Lizalman, kempen itu adalah cara penting untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat mendidik orang ramai, terutamanya semasa musim perayaan apabila insiden cenderung meningkat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kempen ini adalah peringatan kepada orang ramai untuk lebih berwaspada, terutamanya semasa cuti apabila ramai meninggalkan rumah mereka tanpa pengawasan dan menggunakan jalan raya yang sibuk,” katanya.

Jabatan itu juga melancarkan inisiatif untuk menyediakan bahan keselamatan kebakaran dan jalan raya yang boleh diakses di laman sesawangnya.

Sementara itu, Lizalman berkata kemalangan jalan raya semasa musim perayaan turut menunjukkan trend meningkat.

“Pada 2022, terdapat 31 kes kemalangan jalan raya yang direkodkan, meningkat kepada 33 pada 2023 dan 53 pada 2024,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa jabatan itu akan terus berusaha mempromosikan keselamatan melalui kempen awam, bukan hanya semasa Tahun Baharu Cina tetapi juga pada musim perayaan lain.

“Ini adalah untuk memastikan orang ramai sentiasa mendapat maklumat dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk melindungi keluarga, rumah, dan diri mereka sendiri di jalan raya,” tambahnya.