
KUALA LUMPUR — Lelaki yang ditahan dalam kes kebakaran di rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham akan didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, esok.
Ia disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri kepada Bernama.
Lelaki berusia 30-an itu telah ditahan di Shah Alam pada 12 Januari lalu, dan ditahan reman sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, rumah Koo Ham di Ayer Tawar, Perak, telah dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lain mengalami kerosakan.
Koo Ham bagaimanapun memaklumkan telah memaafkan pelaku malah sebagai peguam, beliau percaya pelaku kini berada di dalam ketakutan dan terpaksa menyembunyikan diri kerana bimbang ditemui. – 16 Januari, 2024
The post Kes kebakaran rumah Ngeh Koo Ham, lelaki akan didakwa di mahkamah esok appeared first on Scoop.
