![Image from: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/bunyi-misteri-kes-kehilangan-Nur-Izzati-Humaira-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sehingga kini (26 Mei), media sosial masih lagi hangat memperkatakan mengenai kehilangan remaja perempuan, Nur Izzati Humaira, yang dipercayai sesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim, Perak pada Sabtu lepas (23 Mei) bersama ahli keluarga dan rakannya.
Dalam perkembangan baharu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi menjejaki gadis berusia 19 tahun itu masih diteruskan bagi mendapatkan petunjuk baharu.
Bunyi Misteri Ketika SAR Raih Perhatian Ramai
Namun sejak semalam (25 Mei), kecoh di laman Threads (nurulasshrea_) apabila kedengaran ‘bunyi misteri’ semasa proses pencarian di lokasi kejadian.
Menerusi video terbabit, pasukan SAR dilihat sedang giat mencari dan menjejaki Nur Izzati Humaira.
Bagaimanapun secara tiba-tiba, suara aneh seperti orang sedang tergelak menyapa mereka sewaktu ada di antara pasukan tersebut yang bertanya “Zati ada dekat mana sekarang?”
Muncul Suara “Ni Tempat Aku!”
Dalam video sama juga, kedengaran ada makhluk yang berkata, “Ni tempat aku!”
View on Threads
Pasukan SAR Kumandangkan Azan Di Kawasan Bukit
Menerusi satu lagi hantaran video berbeza, kelihatan sukarelawan operasi pencarian melaungkan azan di tempat kejadian.
View on Threads
“Masih Bernyawa Atau Dah Jadi Jasad” – Bapa Mangsa
Kes kehilangan Nur Izzati sudah tentu menjadi ujian terbesar buat ahli keluarganya pada ketika ini.
Menurut bapa mangsa, Azizul Abdul Aziz, 48, dia dan keluarga reda dan pasrah dengan segala kemungkinan susulan kehilangan anak perempuannya yang sudah hilang menghampiri 61 jam.
Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan segera.
Bapa mangsa, Azizul Abdul Aziz
Mangsa Turun Berseorangan Dari Bukit Kerana Letih & Panas
Terdahulu, media melaporkan bahawa Nur Izzati telah turun terlebih dahulu selepas mendaki bukit tersebut kerana kepanasan dan keletihan. Namun keluarga dan rakannya berasa pelik apabila tidak melihat kelibat remaja itu selepas sampai di kereta.
Radius Kawasan Pencarian Nur Izzati Humairah Diperluaskan – Bomba
Sementara itu, memetik Kosmo, radius kawasan pencarian diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi dalam usaha mempergiatkan operasi SAR semalam (25 Mei).
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, operasi pencarian dilakukan menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
Ramai Titip Doa, Harap Nur Izzati Humaira Ditemui
Perkongsian video dengan bunyi misteri itu nyata mendapat perhatian ramai, yang mana rata-rata netizen mendakwa dan mempercayai bahawa ia berkait dengan alam ghaib.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meremang dan takut mendengar rakaman suara misteri itu.
“Aku ada dengar dia cakap “ni tempat aku” lepas tu pakcik tu cakap tak kisah. Omak meremang bulu roma. Dah la dengar masa maghrib,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga mendoakan agar Nur Izzati Humaira selamat dan dipertemukan dengan kadar segera.
“Ya Allah selamatkanlah Nur Izzati Humaira. Pulangkan dia dengan selamat ke pangkuan keluarga. Tiada yang lagi berkuasa dan hebat dari Mu Ya Allah,” ujar seorang pengguna Threads.
Mungkin Bunyi Haiwan – Netizen
Pun begitu, ada yang percaya bunyi misteri tersebut adalah bunyi haiwan di hutan. Ini kerana terdapat beberapa binatang yang boleh menghasilkan bunyi ‘mengerikan’ sebagai contoh musang pandan, ular sawa, dan pelbagai spesis burung.
Bahkan ada burung yang boleh menghasilkan bunyi seperti bayi menangis iaitu Superb Lyrebird.
Namun tiada yang mampu menjelaskan tentang suara “Ni tempat aku!” yang terdapat dalam video tersebut.
@how.it.happens 15 scariest bird sounds #bird #birds #scary #interesting #animals #birdsounds #weirdanimals #weirdbirds #usa #fyp ♬ original sound – HOW THINGS HAPPEN
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/kes-kehilangan-nur-izzati-humaira-875x1024.jpeg)
![Image from: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/kes-kehilangan-nur-izzati-humaira-2-1024x690.jpeg)
![Image from: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/kes-kehilangan-nur-izzati-humaira-3-881x1024.jpeg)
![Image from: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/kes-kehilangan-nur-izzati-humaira-4-696x1024.jpeg)
![Image from: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/kes-kehilangan-nur-izzati-humaira-5-790x1024.jpeg)
