
Kota Kinabalu: Trend penurunan kes kemalangan dan kemalangan maut semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini turut dicatatkan di Sabah.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri berkata trend tersebut sejajar dengan penurunan di peringkat nasional, dan pihaknya akan terus mempergiat usaha bagi mengekalkan kadar penurunan berkenaan.
Advertisement“Sepanjang Op Selamat, kadar kes kemalangan keseluruhan Sabah menurun sebanyak 13 peratus berbanding Op Selamat 2024.
“Oleh itu, pihak kami akan terus mempergiat usaha bagi memastikan penurunan kadar kemalangan ini dapat dikekalkan, sekali gus menjamin keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini,” ujarnya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan, termasuk langkah pencegahan dan advokasi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepatuhan kepada peraturan jalan raya serta arahan pihak berkuasa, terutama PDRM.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
AdvertisementMenurut Yusri, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan Tun Musa berkenaan perkembangan keselamatan lalu lintas, selain usaha JSPT bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya seterusnya menurunkan kadar kemalangan di Sabah.
“Banyak idea dan cadangan dibincangkan bersama Tun bagi memastikan keadaan lalu lintas di negeri ini dapat dipertingkatkan, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan berbanding statistik dua tahun lalu,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama, Timbalan Pengarah (II) JSPT ACP Fauzi Osman, Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dan Ketua JSPT Sabah, Superintendan Rosdi Mat Jusoh.




