Kematian pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah, Dr Tay Tien Yaa pada Ogos tahun lalu bukan disebabkan menjadi mangsa buli, ditindas atau dizalimi. Memetik laporan Harian Metro, hasil itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Tan Sri Borhan Dollah yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian pakar tersebut. Borhan menyatakan dapatan daripada siasatan yang dilakukan pasukannya tidak menemui bukti mangsa dipaksa melaksanakan tugasan di luar skop kerja. Foto: Harian Metro Dapatan itu diperoleh selepas jawatan kuasa itu memanggil 19 orang saksi yang terdiri daripada keluarga dan juga kakitangan hospital berkenaan. Foto: Berita Harian Mengulas lanjut, Borhan menjelaskan bahawa perkara kedua yang ditemui menerusi dapatan itu iaitu mendiang telah dirujuk sebagai pegawai perubatan bagi urusan yang di luar bidangnya. Menurut Borhan, sebagai doktor on-call beliau perlu menjawab pelbagai soalan yang datang dari pelbagai bidang. Perkara ketiga yang ditemui dalam siasatan ialah mendiang bekerja dalam satu pasukan secara profesional berdasarkan bukti temu bual rakan-rakan yang lain dan juga pegawai-pegawai bawahan termasuk pegawai perubatan dan sebagainya. Manakala, dapatan keempat iaitu permintaan mendiang untuk pulang ke Semenanjung mendapati, tidak ada daripada Jabatan Sumber Manusia dan bahagian perkembangan kesihatan mengenai rayuan mendiang sebagaimana didakwa. Justeru, beliau memerihalkan Jawatankuasa Khas Bebas merumuskan bahawa dakwaan kononnya mendiang ditindas dan dizalimi oleh ketua jabatannya adalah tidak berbangkit. Jelasnya, mendiang bersama kakitangan jabatan itu bekerja sebagai satu pasukan yang baik, sentiasa berhubungan dan saling membantu dalam kerja masing-masing. Foto: Carian Google Artikel lain: Keluar Minum Tinggalkan Pesakit, Dua Doktor Cuai Dan Jururawat Diarah Dayar RM5.9 Juta Terdahulu, Dr Dzulkefly menggesa siasatan terperinci dilakukan berhubung dakwaan kematian seorang doktor pakar di Hospital Lahad Datu, Sabah disebabkan bunuh diri akibat dibuli dalam kejadian pada 29 Ogos 2024. Sumber: Harian MetroKematian Dr Tay Tien Yaa bukan sebab dibuli

“Ada dua aduan dikemukakan keluarga mendiang dan dari situ kita merumuskan ada empat isu dibangkitkan iaitu pertama, mendiang dibebani kerja dan tugasan di luar skop kerjanya.
“Hasil daripada penyiasatan, kita dapati bahawa tugasan yang dilakukan mendiang adalah seperti mana ditetapkan dalam senarai skop tugasan, tidak ada satu pun yang satu-satunya kita dapati di luar skop atau luar bidang tugas.
“Selaku Timbalan Ketua Jabatan 1, mendiang bertanggungjawab menguruskan perolehan dalam isu penjagaan stor dan sebagainya, (berdasarkan) bukti dokumen dan temubual, kita tidak nampak sebarang isu berkaitan bahawa beliau dihubungkan dengan kerja yang terlalu banyak atau di luar skop kerjanya,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Tay Tien Yaa bekerja dalam pasukan secara profesional
“Hasil dapatan kita, memang tidak ada (dakwaan itu), dapatan daripada Jabatan Sumber Manusia, tidak ada sebarang rayuan seperti mana didakwa,” ujarnya.

The post Kes Kematian Dr Tay Tien Yaa Bukan Sebab Dibuli, Ditindas Atau Dizalimi appeared first on Borak Daily.


