Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies Dilaporkan Sudah Selesai Begitu Saja?

LocalEntertainment
27 Feb 2025 • 12:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Aliff Aziz Ruhainies

Penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies dilaporkan telah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat yang berlaku pada 9 Mac tahun lepas di sebuah kondominium di ibu negara.

Menurut laporan Kosmo, pembayaran itu dibuat dalam satu prosiding yang berlangsung secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Jumaat lepas dan pihak media langsung tidak dimaklumkan mengenai prosiding tersebut.

Tiada kelibat di mahkamah

image is not available

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 20 dan 27 Februari sebagai tarikh perbicaraan kes tersebut. Namun, pada 20 Februari lepas, Aliff, Ruhainies serta peguam mereka tidak kelihatan di mahkamah dan ianya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan media.

Lebih mengejutkan, peguam syarie yang mewakili mereka iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh juga tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkembangan terkini kes ini.

Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah

image is not available

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat dalam prosiding pada 3 Julai lepas dan memilih untuk dibicarakan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27(b) akta yang sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tapi dengan pembayaran denda yang telah dibuat itu, adakah ini tandanya kes mereka dah selesai?

#ApaKataOhmedia

Setiap individu bertanggungjawab atas tindakan sendiri, lebih-lebih lagi sebagai figura awam yang menjadi perhatian ramai. 

Apa pun keputusan mereka, kehidupan peribadi perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan kontroversi yang boleh menjejaskan imej dan karier di masa hadapan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.