“Kes Khalwat Jenayah ‘Orang Miskin'” – Bekas Menteri Undang-Undang

LocalPolitics
2 Sep 2025 • 5:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berpendapat undang-undang khalwat bersifat kabur dan pelaksanaannya cenderung menekan golongan miskin.

Katanya pada Malaysia Gazette, serbuan lazim dilakukan di hotel murah atau tempat awam, manakala golongan kaya jarang didakwa kerana mampu menyewa apartmen mewah atau mengatur cara lebih sulit.

image is not available

Sumber : The Star  

Jelasnya,

Kes khalwat jadi ‘jenayah orang miskin’, bukan kerana orang kaya tak buat, tapi mereka tak tertangkap.

Zaid turut merujuk kes pasangan di Kuantan dipenjara kerana gagal bayar jaminan RM1,500, jumlah yang terlalu berat bagi golongan bawahan.

Justeru beliau menggesa supaya khalwat dinyahjenayahkan, kerana ia isu moral peribadi individu dengan Tuhan.

Menurutnya, undang-undang sepatutnya fokus kepada kes serius seperti penderaan seksual dan keganasan rumah tangga, manakala akhlak boleh dibentuk melalui pendidikan dan kaunseling, bukan hukuman atau pencerobohan privasi.

image is not available 2025-08-20 10:38:59

Wanita Ditangkap Khalwat Bersama Tiga Lelaki Baru Dikenali, Dah 2 Hari Tempah Bilik Hotel

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved