
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila terdapat sekumpulan individu yang dilihat berarak di Menara Condong, Teluk Intan, Perak sambil mengibarkan bendera China ketika menyambut pesta Guan Gong.
Belum reda dengan isu tersebut, aktivis politik, CheGu Bard pula mendakwa insiden serupa turut berlaku di Johor ia turut dihadiri Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.
Susulan itu Kerk kemudian tampil memberi penjelasan bahawa ada juga individu yang membawa bendera negara lain seperti Vietnam dan Thailand.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Bendera China Dikibar Semasa Festival Di Johor, ADUN Ayer Keroh Tampil Beri Penjelasan [Video]
Polis buka kertas siasatan berhubung bendera luar negara dikibar dalam sebuah pesta
Terbaharu susulan daripada penularan dakwaan terbabit satu kertas siasatan telah dibuka oleh polis.
Jelas Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat polis menerima satu video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu yang mengibarkan bendera negara luar pada 28 Oktober (semalam).
Difahamkan acara perarakan festival budaya antarabangsa itu dimaklumkan berlangsung di Sentosa, Johor.
Penganjur dan saksi akan dipanggil
Ulasnya program terbabit telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan kebudayaan di Sentosa yang mengumpulkan penganut agama melibatkan lebih dari 10 negara.
“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) menerima satu laporan polis berhubung pengibaran negara luar dalam perarakan itu, kira-kira 3 petang semalam.
“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kita akan memanggil penganjur dan saksi terbabit acara berkenaan bagi membantu siasatan,” ujar dipetik Harian Metro.
Selain itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi talian hotline 07 2182 323 atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu kes.
Source:
