Kes Langgar Budak Sekolah, PDRM Takkan Lindungi Sesiapa Termasuk Pegawai Sendiri

16 Dec 2023 • 9:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang pegawai kanan polis dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah ditahan reman bagi membantu siasatan kes langgar melibatkan seorang pelajar sekolah.

Difahamkan, mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat kemalangan tersebut.

image is not available

Di Facebook, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya bin Hassan berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dari pelbagai sudut termasuk kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Pihak PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri jika ada bukti kukuh menjurus kepada kes jenayah itu.

Beliau memohon saksi kejadian menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-8849163 untuk membantu siasatan kes.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.