Kes Langgar Lampu Merah Berulang, Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Van

4 May 2025 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh oleh sebuah van yang dipercayai melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height menghala ke Paroi.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada jam 12.10 tengah malam itu menyebabkan lelaki berusia 20 tahun itu cedera parah dan meninggal dunia di lokasi.

image is not available

Sumber : Sinar Harian 

keadaan motosikal mangsa

Difahamkan, lokasi tersebut merupakan lokasi yang sama kemalangan maut yang pernah meragut nyawa tiga sekawan selepas dirempuh oleh sebuah Honda Jazz yang juga dipercayai melanggar lampu isyarat merah pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah van jenis Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 44 tahun bersama seorang penumpang perempuan berusia 20 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Bahau.

image is not available

 

Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu van dipercayai telah gagal berhenti di lampu isyarat warna merah lalu melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.

 

Akibatnya, seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah meninggal dunia di lokasi.

Tambahnya, pemandu van tidak cedera dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Selain itu beliau berkata, ujian kandungan alkohol terhadap pemandu van terbabit adalah negatif.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

image is not available 2 months ago

“Kami Ada Peguam, Kami Akan Lawan” - Keluarga Mangsa Ketiga Nahas Dirempuh Honda Jazz Akan Ambil Tindakan Undang-Undang