Kes Langgar Lari: Polis Buru Pemandu Lori Libat Kemalangan Tiga Kenderaan

LocalCars
19 Jun 2024 • 9:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kes Langgar Lari: Polis Buru Pemandu Lori Libat Kemalangan Tiga Kenderaan

Polis sedang giat memburu seorang pemandu lori yang terlibat dalam kes langgar lari di Kilometer (KM) 30, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran lampu isyarat Taman Sri Saujana, pada Isnin.

Baru-baru ini, sebuah video kemalangan telah tular di media sosial yang menunjukkan insiden tersebut, melibatkan tiga buah kenderaan termasuk lori tersebut serta dua buah kereta lain.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 4 petang.

“Siasatan mendapati kes berkenaan telah tular di laman sosial Facebook melibatkan tiga kenderaan.

“Kenderaan terlibat adalah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang wanita warga tempatan berusia 34 tahun, Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dan lori jenis Ford Rigid yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 55 tahun.

“Dalam kemalangan itu, kesemua pemandu disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut Sinar Harian, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 10 L 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan yang dipandu, sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Sumber: Sinar Harian