Kes Langgar Lari Warga Emas Di Kuching, Netizen Mohon Kerjasama Kesan Proton Wira Merah

1 Dec 2022 • 3:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di kawasan Jalan Tol Kuching

Kes Langgar Lari Warga Emas Di Kuching, Netizen Mohon Kerjasama Kesan Proton Wira Merah. Kecoh di laman Facebook sejak semalam, apabila tular sebuah kejadian langgar lari warga emas di kawasan Jalan Tol Kuching.

Menerusi hantaran seorang pengguna laman Facebook, Mohd Afdal, beliau sempat merakam kejadian Proton Wira berwarna merah langgar lari itu melalui dashcam miliknya yang berlaku sekitar pada jam 11 pagi, semalam (30 oktober 2022).

image is not available
Kes Langgar Lari Warga Emas Di Kuching, Netizen Mohon Kerjasama Kesan Proton Wira Merah. Sumber FB Mohd Afdal

Netizen meminta kesan Proton Wira berwarna merah gelap QKP 5183

Dalam kongsian rakaman tersebut, terlihat Proton Wira berwarna merah gelap telah melanggar sisi penunggang motosikal, lalu memecut untuk lari dari kejadian tersebut. Tindakan pemilik kenderaan tersebut telah menarik perhatian warganet sekali gus menimbulkan rasa amarah terhadapnya.

Mohd Afdal yang juga merupakan saksi dari kejadian tersebut sempat menangkap gambar no plat kenderaan suspek dan meminta individu dikehendaki untuk serah diri dan selesaikan secara baik kepada mangsa tersebut. Walaupun bahan bukti sudah dimuatnaik, namun masih belum ada khabar dari pemilik kenderaan tersebut.

Lihat rakaman video penuh di sini: www.facebook.com

Tidak mahu memanjangkan kes, anak daripada mangsa turut memuatnaik hantaran di Facebook, di mana dirinya telah membuat laporan terhadap pihak polis setelah mendapat tahu si pelaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani kes tersebut.

Menurut anak mangsa, bapanya tidak mempunyai sebarang kecederaan teruk dan telah pun dirawat di klinik berdekatan.