Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Dituduh Ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

18 Dec 2023 • 10:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai kanan polis dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak hari ini pertuduhan membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Jumaat lepas.

Menurut laporan BERNAMA, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang memasuki mahkamah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP), didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Ipoh antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari pada 15 Disember lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya Azlina Rasdi (Ketua), Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat, Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob dan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Ia turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani, Timbalan Pendakwa Raya J.S. Geetha serta Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui.

Difahamkan, sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Februari tahun depan sementara menunggu laporan kimia.

Sumber: Bernama, Facebook BERNAMA TV

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved