Kes lelaki didakwa bakar rumah disebut semula 16 November

19 Oct 2023 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 16 Nov ini untuk sebutan semula kes membabitkan seorang lelaki yang didakwa membakar rumah milik seorang wanita.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh itu untuk Jafar Yunnus, 48, selepas dimaklumkan pengadu dalam kes itu ingin menarik balik laporan polis.

Berikutan perkembangan baharu itu, pihak pendakwaan memohon tarikh baharu sementara menunggu arahan daripada pihak atasan.

Jafar didakwa melakukan khianat terhadap hartanah milik Zunainah Tasim Daud pada 4.14 petang 26 Nov 2022 di Perumahan Laya-Laya di Tuaran.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferah Mad iskim manakala Jafar tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan Jafar direman sementara menunggu tarikh tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.