Kes Mahkamah: A Aida Berputih Mata, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar Ganti Rugi RM200,000

27 Oct 2023 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pelakon Amelia Henderson berjaya dalam rayuannya mengetepikan bayaran ganti rugi RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn Bhd.

Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan aktres berkenaan selain telah meneliti segala rekod rayuan secara maksima dan hujah daripada kedua-dua belah pihak.

image is not available

Amelia bagaimanapun diperintahkan membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi milik A.Aida itu.

Terdahulu, pelakon berusia 28 tahun itu diperintah membayar ganti rugi RM200,000 kepada syarikat produksi tersebut namun Amelia memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen itu.

image is not available 7 months ago

"Ini Pertama Kali Jumpa Artis Spesis Macam Ni, Saya Akan 'Blacklist' Dia Seumur Hidup. No More!" - A Aida