
Suspek yang ditahan selepas disyaki membunuh seorang wanita berusia 26 tahun di Kuching, Sarawak baru-baru ini mengaku melakukan jenayah itu.
Menurut laporan, suspek berumur 23 tahun tersebut mengaku membunuh Nurul Asikin Lan kerana memerlukan wang untuk terbang ke Kemboja bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Harimau Malaya pada 8 Disember lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata suspek yang kini ditahan reman turut mengakui telah mengambil barang kemas mangsa iaitu gelang tangan dan anting-anting emas untuk digadai.
Terdahulu, gempar penemuan mayat wanita hampir reput di dalam longkang di Tabuan Jaya, Kuching dan hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar dengan seorang lelaki yang baru dikenali.

Kehilangannya menjadi lebih misteri apabila telefon bimbitnya sudah tidak berfungsi namun ahli keluarga berasa pelik kerana suspek pada ketika itu boleh dihubungi tetapi tidak pernah menjawab panggilan mereka.
Mayat Hampir Reput Dijumpai, Suspek Bunuh Wanita 26 Tahun Diberkas - “Sempat Pergi Kemboja Support Harimau Malaya”
The post Kes Mayat Wanita Reput Di Sarawak: Suspek Mengaku Bunuh, Curi Barang Kemas Untuk Pergi Tonton ‘Game’ Harimau Malaya di Kemboja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




