Kes Nur Farah Kartini: Dokumen Baru Babitkan Barang Kes Dan Dashcam Diterima Mahkamah!

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 1:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nur Farah Kartini 2

Kes pembunuhan tragis melibatkan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah terus mendapat perhatian.

Menurut laporan Harian Metro, pihak pendakwaan menyerahkan dokumen tambahan kepada pasukan pembelaan anggota polis, Lans Koperal Muhammad Alif Morjani yang didakwa atas kesalahan membunuh.

Peguam bela, Aida Jaafar Mad Ariff berkata dokumen tersebut termasuk laporan polis serta barang kes yang ditemui di lokasi kejadian.

Semua dokumen sudah lengkap termasuk telefon bimbit, kunci dan dashcam. Apabila semua setuju, kita akan maklum kepada mahkamah sama ada untuk memfailkan representasi atau tidak pada 28 Oktober ini.

Kronologi kes Nur Farah Kartini

image is not available

Pada 12 Jun lalu, Muhammad Alif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan. Namun, lima hari kemudian, jasadnya ditemukan sekitar jam 6 petang.

Penemuan mayat itu membawa kepada penahanan anggota polis berkenaan yang ketika itu bertugas di Perak.

Hukuman berat menanti jika sabit bersalah

image is not available

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Jika hukuman mati diganti, ia memperuntukkan penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan minimum 12 kali.

Pssttt! Kes ini mengingatkan kita bahawa nyawa manusia terlalu berharga untuk dipermainkan. Berhati-hatilah dengan siapa kita berurusan, dan jangan sesekali leka dengan soal keselamatan diri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.