Kes Pedofilia: Polis Kelantan Panggil Pelajar, Guru

1 Apr 2024 • 8:23 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar fail

KOTA BHARU - Polis memanggil beberapa saksi, termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan seorang pengajar melakukan aktiviti pedofilia.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis ada menerima laporan dibuat oleh pelajar yang juga mangsa dalam kes terbabit.

"Polis telah melihat segala kandungan di dalam telefon pihak yang terlibat seperti perbualan telefon dan aplikasi WhatsApp dan merasakan ada keperluan untuk siasatan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh terus hadir ke balai polis bagi memberikan kerjasama dan sekiranya mereka enggan mendedahkan identiti boleh hubungi polis," katanya yang enggan mendedahkan identiti pihak terlibat.

Pada 28 Mac lalu, seorang individu menerusi media sosial mendakwa seorang guru di sebuah sekolah di Tumpat yang diketahui sebagai seorang pedofil masih mengajar di sekolah berkenaan. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved