Kes Pelajar Kolej Vokasional: Seorang Dipenjara Seumur Hidup, 12 Lagi Tunggu Perkenan TYT

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 3:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mahkamah Tinggi di Lahad Datu hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.

image is not available

Seorang bekas pelajar Kolej Vokasional dipenjara seumur hidup

Memetik laporan Berita Harian, hakim Datuk Duncan Sikodol dalam prosiding penetapan hukuman turut memerintahkan 12 tertuduh lain yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.

image is not available

12 lagi bekas pelajar Kolej Vokasional dipenjara selama diperkenan TYT

Pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan kesemua 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di asrama kolej berkenaan.

image is not available

Hakim Duncan ketika membacakan keputusan berkata, kesemua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka didakwa bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.

Mangsa yang lebih mesra dipanggil ‘Ijat’ ditemui mati selepas dipercayai dipukul beramai-ramai oleh 13 rakan di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian.

Kejadian difahamkan berpunca daripada perselisihan faham mengenai kehilangan wang milik dua daripada tertuduh.

Sumber: Berita Harian (Abdul Rahemang Taiming)