
Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza sememangnya dikenali di Malaysia lebih-lebih lagi dengan rekaan karya satiranya berkaitan isu politik dalam negara.
Dia sebelum ini telah mengadakan ‘Kelas Demokrasi’ setiap malam menerusi siaran langsung TikTok sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 yang lalu.
Jika anda pernah menyertai sesi siaran langsung tersebut atau menyaksikan video yang dikongsikan semula, pasti pernah ternampak dia menggunakan pelekat gambar tikus bagi mewakili ahli politik.
Baca Artikel Berkaitan: Fahmi Reza Disiasat PDRM, Adakan Kelas Demokrasi Bertajuk “Bolehkah TYT Musa Aman Dipecat?”
Baca Artikel Berkaitan: Isu Disekat Ke Luar Negara, Fahmi Reza Mahu Heret Kerajaan Ke Mahkamah
Baca Artikel Berkaitan: Polis Sabah Sahkan Fahmi Reza Ditahan, Bantu Siasatan Bawah Akta Hasutan
Fahmi Reza Dipanggil Polis, Bawa Pelekat Gambar Tikus Saiz Gergasi
Semalam (4 Disember), Fahmi telah dipanggil memberi keterangan bagi satu siasatan laporan polis berkaitan penggunaan pelekat gambar tikus dengan tulisan ‘PM’ dalam video Kelas Demokrasi bertajuk ‘Bolehkah PMX dipecat?’
Katanya, itu menjadikan kali ke-20 dia dipanggil oleh pihak polis bagi tujuan siasatan sejak pertama kali terjadi pada tahun 2004 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
Lebih mencuri tumpuan, menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram (@kuasasiswa), dapat dilihat dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dengan membawa gambar berkenaan yang bersaiz gergasi, kira-kira separuh badan dewasa, yang menurut pihak polis adalah ‘bahan kes’.
View this post on Instagram
Dakwa Laporan Dibuat Oleh ‘Orang PKR’
Menerusi hantaran di Facebook Fahmi Reza, dia mendakwa bahawa laporan terhadapnya telah dibuat oleh seorang individu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Polis beritahu aku, orang yang buat laporan polis terhadap aku dan pelekat gambar tikus tu orang PKR,” tulisnya.
Berdasarkan notis yang diterima dari pihak polis, satu laporan telah dibuat terhadapnya pada Selasa (2 Disember) lalu yang disiasat di bawah Seksyen 504 dan 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.
Dia telah diminta membawa pelekat gambar tikus dalam rakaman, peranti yang digunakan untuk rakaman dan peranti muat naik video sebagai bahan berkaitan kes.
Fahmi Reza Jelaskan Maksud Di Sebalik Pelekat Gambar Tikus
Dalam masa sama, Fahmi berkata dia sempat menerangkan kepada pihak polis maksud di sebalik gambar tikus yang digunakan olehnya ketika disoal.
Katanya, gambar tikus tersebut yang lengkap dengan sut dan tali leher menggambarkan ahli politik, sering kali juga dikenali sebagai politikus oleh golongan tertentu, yang memegang jawatan dalam kerajaan.
Malah dia turut menjelaskan bahawa label ‘PM’ pada gambar tikus terbabit merupakan akronim bagi ‘Perdana Menteri’.
Tambah Fahmi lagi, dia menerima inspirasi untuk menghasilkan imej tikus tersebut dari lagu ‘Tikus-tikus Kantor’ oleh Iwan Fals yang merupakan lagu protes dan satira.
“Lagu protes dan satira tajam tentang budaya rasuah dan birokrasi yang korup dalam institusi kerajaan, menggambarkan ahli-ahli politik yang berpakaian kemas dan rapi, tapi di sebaliknya berperangai macam tikus.
“Diam-diam mencuri, sakau duit rakyat dan hidup mewah hasil rompakan sistemik, bergerak dalam gelap macam tikus. Licik, tersembunyi, membiak cepat dan sukar dibasmi kalau struktur dan sistem yang korup ni tidak berubah,” katanya.
Selain itu, Fahmi berkata inspirasi juga diterima daripada watak haiwan dalam novel kiasan politik ‘Animal Farm’ tulisan George Orwell. Dalam buku tersebut, watak haiwan yang korup disimbolkan dengan babi, tetapi Fahmi menukarnya kepada watak tikus.
“Cuma saya ubah watak babi yang korup dalam buku tu kepada watak tikus,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Sultan Selangor Pernah Berkongsi Gambar Ahli Parlimen Berbentuk Haiwan
Di samping itu, Fahmi turut menyatakan bahawa Sultan Selangor juga pernah berkongsi satu lukisan yang menggambarkan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sebagai monyet, beruk, katak dan haiwan-haiwan lain.
Sebagai info, Sultan Selangor pada 2022 telah membeli satu Lukisan Parlimen seperti dinyatakan oleh Fahmi.
Namun sehingga kini, tidak dapat dipastikan siapakah gerangan pelukis atau pemilik sebenar lukisan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Beli Lukisan Parlimen Dengan Muka Menteri Seperti Beruk & Katak
Fahmi Reza Jelaskan Sama Ada Perdana Menteri Boleh ‘Dipecat’
Sebelum ini, Fahmi Reza telah menerangkan dalam satu Kelas Demokrasi sama ada seorang Perdana Menteri (PM) boleh ‘dipecat’.
Katanya, Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seorang PM yang tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen perlu meletakkan jawatan. Dalam masa sama, PM juga boleh meminta Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) agar membubarkan Parlimen.
Fahmi berkata mana-mana daripada 222 Ahli Parlimen boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap PM ketika Sidang Dewan Rakyat.
Jika usul menerima sokongan majoriti, iaitu lebih daripada 112 Ahli Parlimen, PM perlulah meletak jawatan.
Menjelaskan situasi semasa, Fahmi berkata PMX Anwar Ibrahim kini menerima sokongan daripada 146 Ahli Parlimen dari blok kerajaan, manakala terdapat 74 Ahli Parlimen di blok pembangkang.
“Jika Ahli Parlimen di blok pembangkang kemukakan usul undi tidak percaya terhadap PMX, mereka perlu dapatkan sokongan sekurang-kurangnya 38 orang Ahli Parlimen dari blok kerajaan untuk menyokong usul undi tidak percaya yang mereka kemukakan,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata apabila seorang PM meletak jawatan, YDPA akan melantik PM baharu dari kalangan Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: PRU15: Tak Tahu Nak Undi Siapa? Fahmi Reza Kongsi Tips Berguna
Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Rakyat Cabar Keputusan Kerajaan & Pihak Berkuasa? Ini Penerangan Fahmi Reza
