Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu, bapa ditahan polis

1 Jun 2024 • 8:17 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis pada jam 11 pagi semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop.

Menurut beliau, kedua-duanya akan direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, pagi ini.

Dalam pada itu sumber memberitahu, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut ditahan di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Malah katanya, walaupun berdepan dengan cabaran termasuk dalam mengesan lokasi utama kes pembunuhan itu, namun pihak polis tidak berputus asa dan meneliti setiap maklumat diterima, untuk menyelesaikannya kes itu.

Beliau berkata, setiap kepakaran yang ada di jabatan berkenaan termasuk dalam aspek forensik, telah dikerah bagi memastikan penjenayah yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan. - 1 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved