Kes Pemerdagangan Dan Keganasan Seks Diddy: 50 Mangsa Tampil Beri Keterangan

WorldEntertainment
30 Sep 2024 • 7:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kes penyanyi rap terkenal, P. Diddy, yang dituduh terlibat dalam jenayah pemerdagangan dan keganasan seks kini semakin serius. Lebih ramai mangsa, termasuk lelaki dan wanita, tampil sebagai saksi dalam kes tersebut.

Menurut peguam Tony Buzbee, firmanya akan mewakili 50 individu yang mahu mengambil tindakan terhadap penyanyi itu.

Mangsa terdiri daripada lelaki, wanita, dan ada yang masih bawah umur ketika kejadian berlaku.- Kata Buzbee.

Dia juga menyifatkan kisah mangsa sebagai “sangat menyentuh hati,” dengan perbuatan tersebut didakwa berlaku di hotel, rumah peribadi, dan pesta Freak Off anjuran Diddy.

Buzbee turut menyatakan bahawa ramai mangsa tidak membuat laporan kepada polis dan memilih untuk berdiam diri. Namun, beliau yakin lebih ramai mangsa akan tampil memberikan keterangan ketika kes tersebut dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat.

image is not available

P. Diddy, atau nama sebenarnya Sean John Combs, 54, ditahan pada 16 September lalu di sebuah hotel atas tuduhan terlibat dalam jenayah tersebut. Walaupun begitu, Diddy mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Kes ini menjadi perhatian ramai, termasuk di kalangan selebriti, yang turut dikaitkan sebagai mangsa kepada produser terkenal itu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar