Kes Penemuan Mayat Reput, Tukang Gunting Rambut Didakwa Membunuh

21 Oct 2022 • 1:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Mayat Reput - Oh! Media

Pada minggu lepas, kecoh di media sosial mengenai penemuan mayat reput dalam kawasan semak di Tambun, Perak.

Mayat yang dipercayai seorang wanita bernama M.Shankavi, 23, ditemui berhampiran lokasi kemalangan sebuah kereta yang terbabas di bahu kiri jalan.

Mayat mangsa telah dicekik

image is not available

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian bagi mangsa ialah dicekik. Suspek utama, M Krishnaa Kumar, 24 tahun, merupakan teman lelaki kepada mangsa dan telah ditahan sehari selepas mayat itu ditemui.

Dia didakwa telah melakukan kesalahan membunuh antara jam 3.11 pagi, 8 Oktober hingga 5.25 pagi, 12 Oktober. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.