Kes Pengubahan Wang Haram Rosmah: Pendakwa Raya Panggil 14 Orang Saksi Ke Perbicaraan

29 Nov 2022 • 3:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hari ini, pihak pendakwaan telah memohon untuk memanggil 13 ke 14 orang saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berkait Datin Seri Rosmah Mansor.

Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yi Ting memaklumkan perkara demikian sewaktu sebutan semula kes Rosmah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini.

Panggil saksi

image is not available

Hakim, Mohamed Zaini Mazlan meminta semua pihak termasuk peguam bela dan pendakwa menetapkan tarikh perbicaraan penuh dengan segera berikutan kes ini telah berlaku sejak 2018.

Beri keutamaan kes ini kerana ia adalah kes 2018, bermakna ia sudah empat tahun. Kes ini perlu diberi keutamaan berbanding mana-mana kes lain (yang mungkin ada pihak pendakwaan atau pembelaan). – Mohamed Zaini

Mahkamah akhirnya bersetuju untuk menetapkan sebutan semula kes terhadap Rosmah pada 1 Disember ini.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media