Kes Perbicaraan Amang Seksual PU Azman Disambung, Kali Ini Hakim Perintah Prosiding Secara Tertutup

15 Dec 2023 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Berikutan dengan kes amang seksual yang melibatkan PU Azman, Hakim Mahkamah Seksyen Seremban Datin Surita Budin mengarahkan kes disambung pada pagi Jumaat secara tertutup.

Malah, Surita mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes keluar selepas saksi yang ke-11 turut merupakan mangsa dipanggil memberi keterangan.

Walaupun berdepan dengan tuduhan besar, PU Azman kelihatan tenang sewaktu tiba di perkarangan mahkamah sekitar pukul 9 pagi ditemani barisan peguam yang mewakilinya.

Tambahan, Azman atau Azman Syah Alias ceria ketika disapa pemberita sebelum memasuki dewan dan sempat memberi salam serta bertanya khabar pada wakil media yang membuat liputan.

Sudah sarapan?

image is not available

Dalam pada itu, PU Azman diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilan dan Norman Mohd Nasir.

Manakala, pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mod Hadi Hakimi Harun Hsiao Tung dan Zahidah Zakaria.

Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Meskipun PU Azman berdepan pelbagai tuduhan, dia masih menerima tawaran memberi ceramah.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Rita Rudaini beri pesanan jangan ulang silap yang lama tentang dos penggalak? #ritarudaini#dospenggalak#virus#sembangentertainment#ohmedia#hj

♬ You’d Never Know – Blü Eyes