Kes pijak al-Quran: MUIP sahkan tiada rekod daftar pengislaman

LocalPolitics
3 Mar 2026 • 5:41 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengesahkan bahawa seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang didakwa memijak al-Quran dan menghina Rasulullah SAW tidak mempunyai rekod pendaftaran pengislaman di negeri ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pendaftar Mualaf Pahang, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, semakan dalam pangkalan data mendapati nama individu berkenaan tidak tersenarai sebagai mualaf berdaftar di bawah seliaan pihaknya.

“Setakat ini, Negeri Sembilan, Selangor, dan Kuala Lumpur turut mengesahkan tiada rekod pengislaman bagi penuntut berkenaan. Bagi negeri-negeri lain, kami masih belum menerima maklum balas rasmi,” katanya.

Penjelasan Firdaus Wong

Dalam kenyataannya, Firdaus Wong menjelaskan bahawa walaupun individu terbabit pernah mengucap syahadah melalui panggilan video WhatsApp, beliau tidak pasti sama ada penuntut itu mendaftarkan pengIslamannya secara rasmi.

Menurut Firdaus Wong, pihaknya hanya menyediakan kelas percuma dan menasihati muallaf untuk mendaftarkan pengIslaman mereka, namun tidak boleh memaksa.

“Siapa yang ingin memeluk Islam, kami bantu. Tidak mempersoalkan keikhlasan mereka dan tujuan mereka. Itu hak mereka,” katanya.

Baca juga:
Status agama

Firdaus Wong turut mendedahkan bahawa penuntut berkenaan kerap menghubungi dirinya untuk bertanya soalan, dengan komunikasi terakhir berlaku pada 28 November 2025. Beliau juga menyatakan kekeliruan berhubung status agamanya, termasuk dakwaan tangkap layar yang menunjukkan individu itu mengaku Kristian.

“Peguamnya memaklumkan dia mengaku berhubung dengan saya tetapi tidak mengaku memeluk Islam. Wallahualam, Allah lebih mengetahui.

“Saya kurang pasti. Yang saya pasti adalah dia yang mesej saya dan mahu saya menyaksikan sekali lagi syahadahnya. Semua itu ada dalam perbualan WhatsApp antara kami.

“Sepanjang perkenalan, adabnya bagus dan lembut tutur katanya. Itu juga respon yang saya dapat dari mereka yang pernah mengajar dan mengenalinya. Adakah saya cuba whitewash? Tidak sama sekali,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan bahawa sama ada individu itu Muslim atau belum Muslim, dia harus bertanggungjawab dan menerima hukuman atas perbuatannya.

“Prinsip saya konsisten sama ada dia Muslim atau belum Muslim, dia harus bertanggungjawab serta menerima hukuman atas perbuatannya,” katanya.

The post Kes pijak al-Quran: MUIP sahkan tiada rekod daftar pengislaman appeared first on The Reporter.