Kes polio di Pakistan menyaksikan penurunan ketara

3 Oct 2023 • 5:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISLAMABAD: Perdana Menteri sementara Pakistan Anwaar-ul-Haq Kakar berkata Pakistan telah menyaksikan penurunan ketara dalam jumlah kes polio di tengah-tengah kerajaan melaksanakan pelbagai usaha pencegahan, termasuk kempen vaksinasi, lapor Xinhua.

Setakat tahun 2023 hanya dua kes polio dilaporkan, berbanding 20 kes pada 2022.

Pakistan sedang berusaha meneruskan kempen antipolio di peringkat kebangsaan, selain memastikan liputan vaksinasi yang tinggi, kata Kakar semasa mempengerusikan mesyuarat pasukan petugas pembasmian polio pada Isnin.

Beliau berkata Pakistan turut komited untuk meneruskan usaha sehingga polio dapat dibasmi sepenuhnya dan kempen antipolio khas akan dirangka untuk dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi.

Setiap lapisan masyarakat memainkan peranan dalam pembasmian polio, termasuk ibu bapa, guru, dan cendekiawan bagi memastikan masa depan yang selamat dan sejahtera untuk anak-anak Pakistan, katanya.

Pada Isnin, Pakistan melancarkan kempen membasmi polio di seluruh negara bertujuan untuk memastikan lebih 43 juta kanak-kanak di negara ini divaksinasi. -Bernama

View Original Article