Kes Pukul Warga Emas Di Bau, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh

8 Sep 2022 • 5:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa dimasukkan ke HUS akibat kecederaan parah

Kes Pukul Warga Emas Di Bau, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh. Seorang lelaki berusia 60 tahun telah diserang di sebuah kedai makan di Siniawan Villa, Bau pada Ahad lalu telah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (SGH) semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua polis Bau DSP Poge Nyaon berkata pihak polis telah menahan seorang suspek berusia 33 tahun pada malam serangan itu, manakala mangsa tersebut dimasukkan ke HUS akibat kecederaan parah selepas dipukul suspek pada 4 September sekitar jam 5.57 petang.

image is not available
Mangsa Ah Chun, 60 tahun. Sumber gambar: FB Borneo Network

Suspek menggunakan kerusi plastik untuk memukul mangsa

Menurut Ketua Polis Daerah Bau tersebut, pihak polis turut merampas kerusi plastik yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa menyerang mangsa di sebuah kedai makan

Kes itu kini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia akibat kecederaannya,”

Beliau berkata suspek pada mulanya direman dari 5 hingga 9 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.

image is not available
Kes Pukul Warga Emas Di Bau, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh

Mangsa disahkan meninggal petang semalam

Menurut The Borneo Post, pada jam 4.34 petang semalam, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS). Kes telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Poge menambah polis sedang menyiasat kes itu dari setiap sudut dan melengkapkan siasatan untuk dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri.

image is not available

Lagi berita semasa, anda boleh baca pautan di bawah: