Kes Putra Heights: Taklimat khas kepada wakil rakyat diadakan esok

6 Jul 2025 • 2:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Aida Nyan

KLANG, 6 JULAI: Sesi taklimat khas isu letupan paip gas di Putra Heights kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan diadakan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari pertama selesai esok.

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sesi penerangan tersebut dilaksanakan oleh jawatankuasa siasatan teknikal, antaranya melibatkan pihak polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Taklimat itu dibuat selepas persidangan DUN esok (selesai) kerana banyak urusannya berbentuk teknikal. Selepas itu ia akan dibawa (dibahaskan) dalam persidangan tersebut.

“Ia dilaksanakan supaya mereka (wakil rakyat) faham aspek yang sebenar dan tidak mempunyai persepsi tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Bebas Plastik di Laman Seni Safari di sini hari ini. Turut hadir EXCO Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin.

Pada 30 Jun lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti yang menjadi punca letupan pada kejadian pagi 2 Syawal.

Berikutan itu polis mengklasifikasikan insiden letupan itu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA), namun sekiranya terdapat bukti atau keterangan baharu ditemui, pihaknya komited meneruskan semula siasatan.

Susulan itu, Selangor akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencadangkan pembaharuan undang-undang selain menilai tatacara kelulusan kebenaran merancang.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved