Kes Rasuah Chromebook: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Dipenjara 10 tahun

WorldPolitics
30 Jun 2026 • 5:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah mahkamah di Jakarta pada Selasa.

Nadiem, 41, disabitkan kesalahan berhubung perolehan komputer riba Chromebook menerusi satu kontrak kerajaan yang menjadi tumpuan siasatan pihak berkuasa.

Menurut laporan Reuters, Nadiem sebelum ini menafikan semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan mendakwa kes berkenaan bermotifkan politik.

Image from: Kes Rasuah Chromebook: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Dipenjara 10 tahun

Dakwaan tersebut turut mendapat sokongan daripada beberapa ahli akademik serta aktivis hak asasi manusia di Indonesia yang mempersoalkan tindakan undang-undang terhadap beliau.

Kes berprofil tinggi itu turut dilihat memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap Indonesia apabila laporan menyebut nilai mata wang rupiah dan pasaran saham negara itu terjejas susulan kebimbangan terhadap aspek tadbir urus serta ketidaktentuan dasar.

Untuk rekod, Nadiem pernah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Indonesia dan dikenali sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam industri teknologi negara itu selepas mengasaskan Gojek, yang berkembang menjadi antara syarikat teknologi terbesar di Asia Tenggara.

Sumber: Reuters

The post Kes Rasuah Chromebook: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Dipenjara 10 tahun appeared first on Borak Daily.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved