Kes Rasuah PTD: Tiada Sesiapa Tuntut! 23 Jam Mewah, 15 Barang Kemas Diisytihar Harta Kerajaan

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 8:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melucut hak sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik ipar bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin, selepas Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan harta berkenaan menjadi milik kerajaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat berkata, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad selepas tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta yang disita.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta itu, namun tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta tersebut,” katanya selepas prosiding sebutan kes hari ini yang ditetapkan bagi kehadiran pihak ketiga.

Image from: Kes Rasuah PTD: Tiada Sesiapa Tuntut! 23 Jam Mewah, 15 Barang Kemas Diisytihar Harta Kerajaan

Peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi yang mewakili Nor Shahira Atirah turut mengesahkan keputusan mahkamah itu.

Sebelum ini, SPRM memohon perintah mahkamah untuk menyiarkan warta bagi memanggil mana-mana individu yang mempunyai kepentingan terhadap harta berkenaan supaya hadir ke mahkamah mengikut Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009.

Pada 4 Mei lalu, pendakwa raya memfailkan notis terhadap Nor Shahira Atirah bagi memohon supaya 23 utas jam tangan mewah dan 15 barang kemas yang disita daripadanya dilucutkan hak kepada kerajaan.

Image from: Kes Rasuah PTD: Tiada Sesiapa Tuntut! 23 Jam Mewah, 15 Barang Kemas Diisytihar Harta Kerajaan

Permohonan itu dibuat selepas pendakwa raya berpuas hati harta alih yang disita oleh SPRM boleh dilucutkan hak di bawah Seksyen 41(1) Akta SPRM yang dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah, meskipun tiada pendakwaan jenayah dibuat di bawah akta berkenaan.

Menurut pemohon, harta tersebut dipercayai diperoleh hasil daripada atau mempunyai kaitan dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved