Kes Rasuah, Ubah Wang Haram: Saya Akan Beri Kerjasama Penuh – Ismail Sabri

LocalPolitics
14 Mar 2025 • 8:54 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan terhadapannya yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ismail Sabri akan beri kerjasama penuh

Menurut laporan Utusan, Ahli Parlimen Bera itu berkata demikian selepas hadir bagi memberikan keterangan kira-kira selama lima jam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada Khamis.

Difahamkan, beliau akan hadir ke SPRM lagi hari ini bagi menyambung keterangan dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dipercayai berkaitan perbelanjaan promosi dan publisiti sewaktu pentadbirannya dari 2021 hingga 2022.

image is not available

Foto: Utusan

Terdahulu, SPRM merampas wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang asing berjumlah kira-kira RM170 juta bersama 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta, hasil serbuan terhadap tiga premis selepas empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan agensi tersebut.

image is not available

Foto: Majoriti

Malah, SPRM turut membekukan 13 akaun bank yang mengandungi lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap bapa kepada penyanyi Dafi itu.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sumber: Utusan (Mohamad Hafiz Yusoff Bakri dan Kamariah Khalidi)