Kes Rogol Bergilir-Gilir Wangsa Maju, Siasatan Dapati Abang Ipar Turut Perkosa Adik Iparnya

12 Sep 2023 • 1:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siasatan mendapati abang ipar wanita yang dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Wangsa Maju, turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashaari Abu Samah selepas menjalankan siasatan, suspek berusia 29 tahun itu turut merogol mangsa.

Susulan itu, pertuduhan sebelum ini telah dipinda di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK.

image is not available

Terdahulu, polis berjaya menahan empat suspek lain berusia 25 hingga 32 tahun di lokasi yang berbeza pada 7 hingga 9 September lalu dalam satu operasi khas.

Sebelum ini media melaporkan kejadian malang itu di mana mangsa bersuia 27 tahun itu tersedar dari tidur dalam keadaan tangannya diikat.

Dia kemudian dirogol bergilir-gilir oleh suspek pada jam 3.30 pagi, Rabu 30 Ogos sebelum mereka melarikan diri. Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

image is not available 7 days ago

Abang Ipar Ingin Langsaikan Hutang Rakan Jadi Punca Kes R*gol Bergilir-Gilir Adik Ipar Ketika Sedang Tidur