Kes Rogol: Empat Pelajar Diberi Kelas Khas Jenayah Dan Syariah – Exco

LocalPolitics
13 Oct 2025 • 2:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan negeri akan memastikan empat pelajar yang disyaki terlibat dalam kes rogol di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka baru-baru ini mengikuti kelas khas berkaitan ceramah jenayah dan syariah.

Empat pelajar diberi kelas khas

Menurut kaporan Malaysia Gazette, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, inisiatif itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rahmad berkata, langkah berkenaan bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang implikasi undang-undang terhadap salah laku, selain mencegah insiden sama daripada berulang pada masa akan datang.

“Proses menjatuhkan hukuman sedang dijalankan oleh polis tapi untuk langkah seterusnya, saya bersama JPN akan menggiatkan usaha lain.

“Antaranya memastikan pelajar ini mendapat pendidikan tambahan melalui ceramah motivasi serta berkaitan kesalahan jenayah dan syariah dan itu adalah paling penting,” katanya.

image is not available

Foto: Bernama

Beliau menjelaskan, sesi khas tersebut akan dilaksanakan pada waktu persekolahan sebagai sebahagian daripada usaha intervensi pendidikan dan langkah pencegahan awal terhadap pelajar yang dikenal pasti berisiko.

“Sekiranya ada pelajar yang kita kesan awal berpotensi melakukan kesalahan, kita akan tangani segera supaya perkara sebegini tidak berulang.

“Sebelum ini pun kita dah buat (ceramah) banyak sekolah, cuma kali ini kita akan beri tumpuan lebih kepada kumpulan pelajar menengah,” tambahnya.

Sementara itu, Rahmad yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata hukuman rotan masih dibenarkan di sekolah dan hanya boleh dilaksanakan oleh guru disiplin.

Namun, beliau turut menekankan bahawa tanggungjawab membentuk sahsiah pelajar tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu pihak sekolah, sebaliknya memerlukan penglibatan aktif ibu bapa.

Bagaimanapun, menerusi perkembangan terkini, media melaporkan keempat-empat suspek yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah dibuang sekolah serta-merta.

image is not available

Foto: Bernama

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad selepasa keputusan dibuat oleh Lembaga Tata Tertib Sekolah yang bersidang hari in

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)